Sunday, 29 April 2012
Ikrar Pelajar
MAKA KAMI
rakyat Malaysia, berikrar akan
menumpukan seluruh
tenaga dan usaha kami
Untuk mencapai cita-cita tersebut
Berdasarkan atas prinsip-prinsip
yang berikut:-
Kepercayaan kepada Tuhan
Kesetiaan kepada raja dan negara
Keluruhan perlembangaan
Kedaulatan Undang-undang
Kesopanan dan kesusilaan
Piagam TBSS
KAMI WARGA SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TUNKU BESAR TAMPIN,DENGAN PENUH TEKAD DAN ILTIZAM,BERIKRAR DAN BERJANJI AKAN MENUMPUKAN SELURUH TENAGA DAN USAHA KAMI UNTUK:
Berusaha dengan sedaya upaya memberi perkhimatan pendidikan yang memuaskan kepada anak-anak didik kami.
Dalam kes-kes disiplin dan pembelajaran yang serius kami akan hubungi ibu bapa dalam tempoh tidak lewat 3 hari.
Semua aduan diberi perhatian dengan segera dalam tempoh satu minggu atau sebelum tarikh.
Memberi perhatian dan tindakan segera terhadap kes-kes kemalangan dan sakit pening dalam kalangan murid-murid yang berlaku dalam kawasan sekolah.
Bersedia dan mengaturkan perbincangan dengan ibu bapa mengenai kemajuan pendidikan anak-anak mereka sekurang-kurangnya sekali dalam setahun.
Memastikan pada setiap tahun jadual waktu akan bermula pada hari pertama persekolahan.
Memastuikan ujian dan peperiksaan akan dilaksanakan tanpa kebocoran dan penyelewengan.
Memastikan segala dokumen(resit)yang berkaitan dengan pembayaran pelbagai yuran dikeluarkan sebaik sahaja bayaran diterima.
Memberi layanan mesra dan perkhidmatan yang memuaskan kepada tetamu sekolah khasnya ibu bapa.
Sentiasa bersedia dan sanggup menerima cadangan syor dan teguran yang membina dari semua pihak demi mempertingkatkan prestasi perkhidmatan dan kecemerlangan akademik dan ko-kurikulum.
Lagu Sekolah
Kami munjunjung cita-cita
Membentuk bangsa Malaysia
Berilmu , berakhlak mulia
Setia , patuh dan berjasa
Oh Sekolah Tunku Besar Tampin
Kau laksana semaian hijau
Melaksanakan insan harmoni
Harapan dan bangsa negara
Kerajinan , kecemerlangan
Kesyukuran dan kejujuran
Itulah pegangan kami
Demi mencapai cita murni
Oh sekolahku yang tercinta
Obormukan tetap menyala
Menyuluh laluan yang sukar
Dalam abad yang mencabar
Membentuk bangsa Malaysia
Berilmu , berakhlak mulia
Setia , patuh dan berjasa
Oh Sekolah Tunku Besar Tampin
Kau laksana semaian hijau
Melaksanakan insan harmoni
Harapan dan bangsa negara
Kerajinan , kecemerlangan
Kesyukuran dan kejujuran
Itulah pegangan kami
Demi mencapai cita murni
Oh sekolahku yang tercinta
Obormukan tetap menyala
Menyuluh laluan yang sukar
Dalam abad yang mencabar
Lencana TBSS
- Komputer menggambarkan warga sekolah yang peka IT.
- Huruf TBS yang hitam dan berlatarkan berwarna hijau menandakan nama dan warga negara.
- Obor melambangkan kegigihan yang membara.
- Bulan sabit melambangkan agama Islam.
- Lambang buah padi mencerminkan pencapaian akademik dan bukan akademik.
Maksud Lencana
-Warna hijau adalah warna sekolah yang melambangkan kesegaran dan kepintaran.
-Warna hitam melambangkan bersatu.
-Warna putih melambangkan kebersihan dan kesucian.
-Buku yang terbuka menggambarkan pemikiran yang terbuka terhadap ilmu pengetahuan dan pendidikan.
-Simbol komputer , untuk merealisasikan pembestarian sekolah , sejajar dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
-Obor merah melambangkan kegigihan dan semangat yang membara.
-Bulan Sabit melambangkan agama Islam yang merupakan agama rasmi negara.
-Buah padi melambangkan pencapaian akademik dan kokurikulum.
Misi & Visi TBSS
Visi
Menjadi sekolah contoh dalam kecemerlangan akademik,kokurikulum dan sahsiah di Negeri Sembilan.
Misi
1.Sentiasa mendukung wawasan sekolah/pendidikan dan Negara.
2.Memperkembangkan potensi pelajar dan guru mengikut minat , kebolehan dan budaya saing ke tahap maksimum.
3.Membentuk warga sekolah yang bangga dan cintakan sekolah.
4.Mengamalkan nilai-nilai di kalangan warga sekolah dan masyarakat.
5.Membina budaya cemerlang di kalangan warga sekolah.
Motto
"Lebih Bijak~Lebih Teguh~Lebih Baik"
Sejarah Penubuhan TBSS
SMK.Tunku Besar Tampin ditubuhkan pada tahun 1924. Sekolah ini mula ditubuhkan dengan sebuah kelas dan 40 orang pelajar lelaki.Pada waktu itu, sekolah ini dikenali sebagai Government English School. Selain itu,sekolah ini terletak berhampiran kediaman Pegawai Pendidikan Daerah Tampin.
Pada tahun 1928,sekolah ini telah berpindah ke Kelab Rekreasi dengan bilangan kelas bertambah kepada 4 buah(darjah 4) dan 5 orang tenaga pengajar.Kemudian, pada akhir tahun, sekolah ini telah berpindah ke bangunan Sekolah Rendah Kebangsaan Tunku Besar sekarang.
Pada tahun 1928,Jepun telah mengambil alih sekolah ini dan dijadikan sebagai Hospital Tentera untuk merawat tentera mereka yang mengalami kecederaan.Lantaran,semua murid diarahkan supaya berpindah ke bangunan kayu yang berhampiran dengan Rumah Rehat Tampin.
Pada tahun 1945, Hospital Tentera telah ditukarkan kepada sekolah semula dan dikenali sebagai Reconstruction Class. Bilangan pelajar sekolah meningkat sebanyak 100 orang.
Bilangan pelajar meningkat kepada 400 orang pada tahun 1949.Ekoran itu,sebahagian Rumah Rehat dijadikan sebagai bilik darjah.Mata pelajaran Sains telah diperkenalkan pada masa itu.Selain itu,kelas tingkatan 1 ditubuhkan.
Pada tahun 1953,pelajar kelas menengah sekolah ini telah dipindahkan ke bangunan baru iaitu sekolah iniNamun begitu,setelah 2 tahun barulah sekolah ini diberi nama iaitu SMK.Tunku Besar Tampin dan dirasmikan oleh YTM Tunku Besar pada 1 Julai 1953.
Pada tahun 1963,mula berlaku banyak perubahan.Antaranya,sebuah asrama dan 10 kelas dibina dan setahun kemudiannya,satu bangunan mengandungi dua buah bengkel seni perusahaan,tiga bilik Sains Rumah Tangga dan sebuah makmal kaji kajian dibina.
Malah,pada tahun 1974,sebuah dewan besar telah dibina yang kekal hingga ke hari ini.Kemudian,pavilion dibina dua tahun kemudian.Tidak lama kemudian,satu bangunan mengandungi tiga makmal Sains dan sebuah perpustakaan dibina.
Bukan itu sahaja,empat gelanggang tenis berserta sebuah bangunan yang mengandungi tujuh kelas,satu bilik pusat sumber,satu perpustakaan,satu bilik kaunseling,satu bilik rawatan dan satu bilik seni pada akhir tahun 1980.Satu lagi kemudahan telah ditambah di sekolah ini pada tahun 1990 iaitu Indoor Hockey Pitch.
Setelah sekian lama,akhirnya penantian berakhir apabila Asrama Puteri dibina pada tahun 1992.Tetapi, penggunaannya terhad kepada pelajar sekolah ini sahaja.Walau bagaimanapun,asrama itu kemudiannya dijadikan asrama pusat yang menempatkan pelajar aliran agama Sekolah Menengah Kebangsaan Tampin.
Pada tahun 1999, bangunan empat tingkat baru dibina lagi iaitu yang mengandungi enam belas buah kelas,satu makmal komputer,satu bilik guru dan satu pejabat.Setahun sebelum itu,bangunan utama telah dirobohkan.
Pada tahun 2002,sebuah surau baru dibina diikuti garaj kereta setahun kemudian.Setelah mendapat sedikit peruntukkan,sebuah makmal komputer telah dibina beserta padang hoki Astroturf.
Perubahan pelajar telah menyebabkan keperkuan terhadap komputer bertambah.Oleh itu,sebuah makmal kompueter telah dibina dan dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Utama Hj.Mohammad Bin Hj Hassan,Menteri Besar Negeri Sembilan Darul Khusus pada tahun 2005.
Pada tahun 2007, Pusat Akses Komputer telah dibina selaras dengan Hari ICT Negeri. Semua warga SMK.Tunku Besar juga mempunyai Smart Card masing-,masing. Sekolah juga turut melancarkan sistem jaringan internet tanpa wayar dengan jarak 1 km radius ke arah membudayakan ICT dalam kalangan warga sekolah.

Subscribe to:
Posts (Atom)